Saturday, October 20, 2007

Kenapa UIA=Kubu Kuat Wahabi?

Assalamualaikum.

Merujuk kepada tajuk di atas, memang tidak dinafikan bahawa UIAM kubu wahabi di IPTA. Oleh demikian, kami menyeru semua Ahlus Sunnah Wal Jama'ah agar menjalankan kerja dakwah dalam membasmi kesesatan Wahabi yang berselindung dibawah nama ASWJ.

Insya Allah, PENASUNNI akan menjadi satu tempat untuk para pendokong ASWJ untuk membanteras wahabi.

Wslm

S/U PENASUNNI

Sunday, October 7, 2007

Isu Takfir Wahabi & Penerimaan JAKIM Terhadap Wahabi


October 7, 2007 at 3:53 am | In Berita, Tulisan Tuan Rumah | No Comments

Assalamualaikum Wrt Wbkth.

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين, المكون الأكوان, المدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد :-

Ramadhan tinggal beberapa hari lagi, malam lailatul qadar yang ditunggu-tunggu kian mendekati, masjid-masjid dipenuhi hamba Allah yang sedang beri’tikaf. Pelbagai cabaran dan dugaan melanda Ummat Islam dalam bulan ini; diri sendiri; nafsu syahwat, nafsu makan dan musuh Islam dalam dan luar.

Pelbagai komen diberikan terhadap gerakan anti-wahabi agar menghentikan dalam mentakfirkan wahabi dan aqidah2 sesat yang tidak sealiran dengan Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah (ASWJ). Ada juga sebahagian ASWJ yang memandang secara kritis tentang isu takfir ini, dan ada juga yang memberi sokongan padu. Selain itu, wujud juga manusia yang JAHIL dalam perbezaaan antara ASWJ dan wahabi; ada yang mengatakan ini isu furu’ (cabang) sahaja walaupun berkaitan isu Aqidah. Lebih parah lagi apabila orang yang sesat Aqidah ini dikatakan sebagai ISLAM/MUKMIN dan mereka ini sebahagian daripada Orang Islam; nauzubillahiminzalik.

Tujuan utama saya menulis adalah untuk menjelaskan kepada sesetengah pihak yang masih ragu-ragu menjatuhkan hukuman KAFIR terhadap AJARAN-AJARAN SESAT walau pun ulamak muktabar telah meletakkan SATU GARIS PANDUAN yang amat jelas dalam menghukumkan seseorang itu KAFIR.

Pertama, tujuan kita menjelaskan kesesatan ini bukanlah berputik dari hati yang mempunyai niat-niat KEJI seperti berikut; penyakit hasad, dendam, ego/bongkak, iri hati, taksub, ashobiyah/berpuak-puak dan apa jua penyakit hati. Bukan juga lahir daripada polemik politik semasa yang sentiasa mengatakan mereka lebih Islamik daripada yang lain dan sebaliknya. Ada juga sampai berani mengatakan mereka akan masuk syurga dan yang lawannya tidak. Bukan juga sebab membenci individu tertentu atau Negara atau kumpulan tertentu. Alhamdulillah, kita menjelaskan kebenaran Aqidah ASWJ dan Kesesatan Aqidah-Aqidah Sesat bukanlah kerana unsur-unsur negatif tersebut; dan Ulamak-ulamak ASWJ jauh sekali bertindak dan menghukumkan sesuatu mengikut hawa nafsu, kerana “Ulamak-ulamak itu adalah pewaris Nabi-nabi” dan “sesungguhnya mereka yang amat takut kepada Allah daripada hamba Nya adalah golongan al-Ulamak” dan “adakah sama mereka yang mempunyai ilmu dan mereka yang jahil!”. Oleh demikian, ulamak yang menetapkan garis panduan dalam hukum takfir ini bukanlah mengikut kehendak nafsu atau pengaruh mana-mana pihak; tetapi mengikut nas-nas yang diistimbatkan dari Al-Quran dan As-Sunnah. Lain pula bagi sesetengah ulamak suuk yang memutarbelitkan hukum hakam demi kepentingan perut dan politik yang kotor. Malah baru-baru ini digemparkan dengan seorang mufti yang mempersoalkan hukum bunuh terhadap orang murtad; seperti MAZA. Ada pula yang menyebelahi Yahudi seperti Albani dan Bin Baz; sanggup mengeluarkan fatawa yang menghairankan dan menambahkan benci ummat islam terhadap kaum yahudi dan juga Wahabi.

Kedua, adakah isu Aqidah ini isu kecil atau pun furu’ (cabang)? Sudah tentu ramai yang keliru; mungkin kejahilan ilmu Aqidah, mungkin keliru disebabkan melihat golongan wahabi yang tampak wara’ dan alim, mungkin juga keliru disebabkan penyelewengan golongan wahabi sendiri dalam isu Aqidah, mungkin juga tidak berani kerana mereka ini solat sama di masjid-masjid. Para pembaca, isu Aqidah adalah ilmu usul yang pertama wajib setiap Mukallaf mengetahui, memperakui dan mempelajari. Telah ramai ulamak ASWJ yang menjelaskan peri penting Ilmu Aqidah dan wajib ke atas setiap individu itu mengetahuinya; walau sukar sekali pun ilmu Aqidah mestilah dipelajari.

Kesimpulannya, isu Aqidah yang berkaitan dengan Tauhid ini bukanlah perkara remeh temeh, seperti yang dipandang oleh sesetengah golongan yang bertungkus lumus mahukan daulah Islamiyyah sambil mempromosikan “taqrib” pendekatan antara perbezaan Aqidah. Ada pula yang lepas tangan untuk menangani ajaran-ajaran sesat; malah membuka ruang kepada pemikiran liberal untuk bertapak dalam masyarakat. Isu Aqidah ini adalah asas yang menentukan orang itu Islam atau Kafir, jika Kafir maka segala amalan-amalan, hukum-hakam atau fatwa-fatwa sesatnya tidak boleh diguna pakai sebagai hujjah atau pun dikatakan ijtihad. Segalanya terbatal serta merta.

Bagaimana bagi mereka yang solat di masjid? Secara amnya kita menghukum secara zahir, dan sekiranya jelas keluar daripada kata-kata atau penulisan (yang boleh menjatuhkan kepada kekufuran atau syirik), maka wajiblah kita menjatuhkan hukum tersebut. Kekafiran individu tidak terbatal walaupun solat di masjid atau berjemaah atau pun tampak khusyuk. Jika seseorang yang jatuh murtad kerana lafaz, perbuatan atau I’tiqod (hati); dia akan dikira kembali kepada agama Islam apabila mengucap dua kalimah syahadah dan juga memperakui bahawa lafaz, perbuatan atau I’tiqod yang dia lakukan sebelum ini adalah salah dari segi syariat dan sebab yang membatalkan Iman mereka, mestilah bertaubat dengan taubat nasuha. Permasalahan yang timbul di sini adalah orang yang murtad disebabkan kesongsangan Aqidah seperti Tauhid 3 atau Aqidah (jawarih/anggota), mereka tidak mengakui bahawa perkara tersebut salah dan mengsyirikkan Allah; maka walau 1 juta kali pun mengucap tiada kesan pada Aqidahnya; tetap dalam kemurtadan dan kekafiran…wal ‘iya zubillah.

Apa bezanya jika seorang Yahudi yang menyamar sebagai orang islam dan solat di masjid adakah kita akan panggil dia Abdullah jika kita tahu secara jelas dia ini Yahudi Kafir? Adakah orang yang murtad itu dikira masih Islam? Atau ada panggilan yang lebih baik selain Kafir? Siapakah yang mahu mengindahkan panggilan Kafir ini agar diganti dengan istilah perbezaan pendapat Aqidah atau masih Islam cuma Aqidah sahaja salah. Cuba para pembaca renungkan, di mana letaknya kepentingan AQIDAH jika pemikiran jelek ini berleluasa. Sanggupkah kita melihat orang Islam yang namanya Islam tapi dari segi pendirian Aqidah dan Tauhidnya Budha atau Hindu atau Qadariyah atau Jabariyah atau Ayah Pin atau Nabi Kahar!!! Apa bezanya dengan Wahabi? Mahukah kamu tergolong dalam golongan tersebut? Sudah tentu TIDAK, nauzubillahiminzalik.

Maka saranan saya, isu Aqidah jangan sesekali dipandang remeh dan kecil atau furu’. Hal demikian membuahkan dan meningkatkan gejala murtad yang kian berleluasa di dalam masyarakat yang serba jahil dalam Ilmu Aqidah dan Fardu Ain secara umumnya. Setiap ibu bapa wajib mempelajari dan mengajar anak-anak mereka tentang Aqidah yang shohih iaitu Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah; yang telah disepakati Jumhur Ulamak ASWJ (Aya’irah dan Maturidiyyah). Jika mereka tahu mereka masih jahil; maka tinggallah segala kerja kamu dan wajiblah mempelajari Ilmu Aqidah agar tidak terjerumus ke dalam Api Neraka kerana Kekufuran. “wahai orang-orang beriman selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”, jelas dalam ayat tadi bahawa penting bagi seorang ketua itu menyelamatkan kaum keluarganya dari api neraka.

Ketiga, terdapat sekerat manusia yang jahil tentang Aqidah ASWJ, malah mempersoalkan kredibiliti ASWJ; siapakah ulamak ASWJ? Para pembaca, sungguh ajaib jika manusia tidak mengenal Bulan Purnama yang setiap bulan menyuluh alam yang gelap gelita di malam hari. Hampir keseluruhan Ulamak Islam dan Ummat Islam berAqidah ASWJ; dari peringkat bawahan hinggalah peringkat pemerintah. Di sini saya senaraikan nama-nama Ulamak ASWJ ;

Sudah memadai para ulamak terkemuka mereka berpegang dengan Manhaj Asya’irah dalam aqidah diantaranya seperti : Imam Abu Hassan Al-Baahili, Abu Ishaq Al-Isfaroyiini, Al-Hafiz Abu Nu’aim Al-Asbahani, Qodhi Abdul Wahab Al-Maliki yang berpegang dengan Mazhab Maliki, Assyeikh Abu Muhammad Al Juwaini serta anaknya Abu Al-Ma’aali kedua-duanya adalah Imam Haramain, Abu Mansur At-Tamimi Al-Baghdadi, Al-Hafiz Ad-Darul Qutni, Al-Hafiz Al-Khatib Al-Baghdadi, Al-Ustaz Abu Al-Qosim Al-Qusyairi serta anaknya Abu Nasr, Asy-Syeikh Abu Ishaq Asy-Syirozi, Nasru Al-Maqdisi, Al-Farowi, Abu Al-Wafa’ bin ‘Aqil Al-Hambali yang berpegang dengan Mazhab Hambali, Qodhi Ad-Damaghoni Al-Hanafi yang berpegang dengan Mazhab Hanafi, Abu-Al-Walid Al-Baaji Al-Maliki yang berpegang dengan Mazhab Maliki, Al-Imam As-Sayid Ahmad Ar-Rifa’ie, Al-Hafiz Abu Qosim Ibnu ‘Asakir, Ibnu As-Sam’ani, Al-Hafiz Assalafi, Al-Qodhi ‘Yad, Imam An-Nawawi, Imam Fakhruddin Ar-Rozi, ‘Izzuddin bin Abdussalam, Abu Amru bin Alhajib Al-Maliki, Imam Ibnu Daqiq Al-‘Iydi, Imam Taqiyuddin As-Subky, Al-Hafiz Al-‘Alai, Al-Hafiz Zainuddin Al-iraqy serta anaknya Al-Hafiz Waliyuddin.

Imam bahasa yang terkenal Al-Hafiz Murtadho Azzabidi, Imam Assyeikh Zakaria Al-Ansori, Assyeikh Bahauddin Arrawasi Assufi, Mufti Mekah Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti Mesir Assyeikh Muhammad ‘illaish Almaliki, Sheik Jamik Alazhar Abdullah As-syarqowi, seorang ulama sanad hadith yang tekenal As-syeikh Abu Al-Mahasin Al-Qowuqji, Sheik Sirojiddin Al-Indunisy dan Alfaqih Al-Muhaddith Al-Usuly Maulana Syeikhul Islam Abu Abdurrahman Abdullah Al-Harary.Ini hanyalah sebahagian sahaja yang dapat dinyatakan tapi akan hakikat bilangan mereka tidak terkira banyaknya

(Hj Ahmad Hafiz Bin Hj Mohd Alwi al-Hafiz:Pengurus Pusat Pengajian Islam Baitul Iman Dungun, Terengganu)

Belum lagi kita sebut satu persatu ulamak Nusantara yang mengembangkan Islam, terlalu banyak; semuanya ASWJ Asya’irah. Adakah kita mahu mengkafirkan jumhur ulamak yang beraqidah ASWJ Asya’irah!!! Tapi Wahabi mengkafirkan Asya’irah; maka seluruh ulamak ASWJ Kafir jika itu yang Wahabi mahukan; mereka cuba berdolak dalik seperti menerima fiqh tapi bukan Aqidah. Wahabi mahu membohongi Ummat Islam yang disangka bodoh seperti mereka; Alhamdulillah ada Ulamak-ulamak ASWJ yang tampil menjelaskan kekejeman Wahabi terhadap Ulamak dan Ummah Islam ASWJ. Hairan saya apabila sesetengah manusia boleh bertasamuh dengan orang wahabi yang mengkafirkan kita, Ulamak-ulamak dan Ummat secara keseluruhannya.

Keempat, baru-baru ini ada wahabi yang memberi komen bahawa JAKIM pun menerima wahabi kenapa pula JAIS mengharamkan wahabi. Sekadar maklumat yang telah diperolehi daripada pegawai JAKIM, penerimaan wahabi di JAKIM hanyalah pandangan songsang individu-individu tertentu yang mempunyai rancangan sulit untuk mempergunakan nama baik JAKIM. Malah mereka sanggup membuat penipuan di dalam Journal JAKIM keluaran terbaru; mereka memperakui ajaran sesat Muhamad Abdul Wahab. Perkara tersebut sangat memalukan JAKIM dan boleh membuatkan masyarakat Islam di Malaysia keliru dengan Ajaran Sesat Wahabi. Namun, Alhamdulillah; individu-individu yang menjadi dalang wahabi sudah dikenalpasti dan Insya Allah mereka akan diambil tindakan. Jika di jabatan-jabatan mufti peringkat negeri; hampir kesemuanya mengharamkan dan tidak menerima ajaran sesat wahabi, kalau ada pun Perlis, dulu Juanda di Sarawak; tapi tindakan susulan telah diambil. Di Kelantan, wujud pengaruh wahabi dalam jabatan mufti negeri itu, moga Mufti ambil tindakan segera. Johor, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor, Sarawak, Sabah, Negara Brunei, sudah menyatakan pandangan mereka terhadap ajaran sesat ini. Semoga Allah membantu pejuan-pejuang Aqidah ASWJ dalam membanteras ajaran sesat wahabi dan sewaktu dengannya.

Akhir Kalam, saya memohon para pembaca membuka minda dalam meneliti masalah kesesatan wahabi khususnya. Di sini boleh saya simpulkan bahawa, mengkafirkan Ajaran Sesat Wahabi ini bukanlah datang daripada mulut dan pandangan masyrakat awam, tetapi daripada Ulamak yang mempunyai authority dalam masalah berkaitan Aqidah. Selain itu, janganlah jadi seperti Wahabi yang sanggup mengkafirkan Ummat Islam beberapa abad sebelumnya dan sebelum Ibn Taimiyyah. Janganlah samakan Wahabi dan ASWJ dalam soal “Takfir” kerana wahabi mengkafirkan atas dasar hawa dan salah faham terhadap nas-nas syarak yang menyebabkan kecetekan ilmu dan sesat selamanya.

Saya memohon keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT agar penulisan yang amat tidak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada saya khususnya dan maysrakat umumnya. Semoga Malam ke-25 Ramadhan tahun ini menjadi saksi untuk saya di hari akhirat kelak.

Wallahu a’la wa a’lam.

Asadullah

Saturday, October 6, 2007

Kata Kata Aluan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak bagi Allah, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan juga sahabat-sahabat dan kaum kerabat Baginda SAW.

Alhamdulillah, dengan izin dan ‘inayah Allah kami dapat menubuhan “PENA SUNNI” yang berteraskan AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH-ASWJ-(ASYA’IRAH).

Objektif penubuhan PENA SUNNI (3M);

1. Memperkasakan-Aqidah ASWJ di Universiti Islam Antarabangsa.

2. Menjelaskan-Kepada Masyarakat Tentang Aqidah ASWJ.

3. Membanteras-Kesesatan Aqidah di UIA dan Malaysia.

Aktiviti PENA SUNNI:

1. Kelas-Aqidah, Fiqh dan Umum. Mingguan dan Bulanan.

2. Risalah-Mingguan.

3. Tambahan-Tahlil&Bacaan Yasin. Mingguan.

4. Blog-Berita terkini PENA SUNNI, Ruang Soal Jawab, e-Risalah, Aqidah Ahlus Sunah Wal Jama’ah, Maklumat Kumpulan-Kumpulan Ajaran Sesat Yang Aktif.

Akhir tinta, saya memohon daripada Allah SWT agar segala usaha kami diberkati dan menjadi syahid di akhirat kelak. Semoga perjuangan Aqidah ini dapat mengurangkan kejahilan dalam masyarakat; khususnya di UIA.

Wassalam.

Setiausaha Agung PENA SUNNI.

penasunni@gmail.com

 

blogger templates 3 columns | Techzilo