Saturday, January 19, 2008

Teras Akidah Islamiah

بسم الله الرحمن الرحيم


Keyakinan atau kepercayaan yang benar dan jati,jitu dan padu,mantap, tidak goyah dan tidak berbelah bagi terhadap Allah menjadi teras terhadap Akidah Islamiah.Keyakinan ini tumbuh subur didalam hati,bak taman bunga mekar mewangi,menggerakkan akal kita untuk berfikir dan memandu tubuh badan untuk melakukan kerja mengikut syariat yang ditentukan oleh Allah Taala.Itulah keyakinan yang benar dan menjadi prinsip pegangan kearah mencapai kesenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Umpama pokok yang mempunyai akar yang kuat dan subur,membuatkan ,batangnya,daunya,serta buahnya subur.Inilah perumpamaan akidah dalam kehidupan umat Islam.

Diantara ciri2 keyakinan dan kepercayaan:-
  1. Benar dan jati
  2. Jitu dan padu
  3. Tidak Goyah
  4. Tidak berbelah bagi

Kesenangan atau kebahagiaan tidak dapat dicapai dengan hanya mengucap dua kalimah syahadah sahaja.Tetapi kesenangan dan kebahagiaan itu itu memerlukan ilmu dan amal soleh serta taufiq dan hidayah dari Allah Taala.Dengan kata lain keyakinan kepada Allah akan membawa kejayaan dalam hidup apabila keyakinan itu

  1. tumbuh dalam hati dan mendapat hidayah dari Allah
  2. subur dengan ilmu dan amal soleh
  3. Membawa kesenangan atau kebahagiaan dengan taufiq daripada Allah
  4. Tidak menyamakan Allah dengan makhluknya

Akidah yang sohih serta mantap ,tidak sekali2 akan mensyirikkan Allah atau menyamakanNya dengan makhlukNya.Sejak zaman salaf lagi ulama telah menetapkan bahawa Allah itu wujud tanpa bertempat.Inilah akidah ISlam yang sebenar.Sebaliknya berlaku jika kita tersalah i`tiqad ,dengan akidah tashbih seperti aqidah mujassimah.Akidah tashbih seperti ini sentiasa membuat kita ragu2 kerana ia tidak mantap dan sering menimbulkan persoalan dan tanda tanya.Alhamdulillah,Akidah Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah telah menunjukkan kita jalan yang lurus ,serta terang.Sentiasalah kita istiqamah dengan pegangan kita ,serta berusaha membasmi akidah yang salah serta menyeleweng .Semoga Allah memberi kekuatan kepada umat Islam.Insya Allah.

Sohibul Internet Penasunni

 

blogger templates 3 columns | Techzilo