Saturday, December 29, 2007

Menentang Tidak Bermakna Membenci

Assalamualaikum para pembaca sekalian

Alhamdulillah bertemu kita kembali atas keizinanNYA yang esa, topik kali ini ialah tentang salah faham sesetengah pihak yang merasakan bahawa kami ini suka sangat mengkafirkan orang, suka bermusuhan ke? macamana ISLAM nak maju? Orang Kristian dan Yahudi bertepuk tangan melihat kita sebegini, benarkah?

Jawapannya tidak, sebenarnya antum masih tidak lagi menggunakan Aqal secara maksima, Soal pengkafiran bukanlah satu perkara yang main-main, dan itu kami akui, kami tidak pernah mengkafirkan orang secara membuta tuli tanpa adanya bukti yang SAHIH. Apa yang kami perjuangkan ialah membetulkan dan menjernihkan kembali kepincangan dalam masyarakat. Ramai diluar sana yang leka dengan kehidupan duniawi akan tetapi lebih ramai lagi yang leka dengan AJARAN SESAT. Ajaran seperti ini bersembunyi sepenuhnya di sebalik nama ISLAM, memang nampak cantik diluarnya, namun realitinya mereka sesat lagi menyesatkan. AJARAN WAHABI ini bukanlah seperti ajaran Ayah Pin, Haji Kahar, dll. Ajaran WAHABI ini galak menggunakan label Ahlussunnah, pernahkah kita mendengar pengikut Ayah Pin mengaku Ahlussunnah? Tak pernah bukan...?

Tapi kita tak boleh mengkafirkan WAHABI kerana mereka Islam juga.

Ya, kami tidak pernah mengkafirkan WAHABI secara keseluruhan, Yang Paling JELAS ialah kami mengkafirkan orang yang beriktiqad ALLAH BERTEMPAT. Kerana iktiqad ini bukan Aqidah yang diajar oleh Rasulullah.

Bukankah itu perkara KHILAF?

BUKAN! Dalam masalah Uluhiyyat tidak ada khilaf dari segi mengithbatkan sesuatu yang layak bagi ALLAH, WAHABI mengithbatkan tempat, anggota dan arah bagi ALLAH, ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Habis tu kenapa kita kata jodoh berada di TANGAN Tuhan?

Tangan disitu bukan bermaksud anggota, Ulama Ahlussunnah mentakwilkan TANGAN dengan makna KEKUASAAN. MAHA SUCI ALLAH dari Anggota Badan kerana semua itu adalah BAHARU.

Terkenang zaman Khalifah Saidina Abu Bakr, pada zaman beliau, ramai orang Islam memilih jalan murtad dan tak kurang juga yang mengaku menjadi nabi, jelasnya pada zaman beliau orang murtad secara terang-terangan dan mengaku keluar dari ISLAM, Beliau mengambil tindakan untuk memerangi golongan-golongan ini, JIHAD!!! ALLAHUAKBAR!!!

Begitulah kita sekarang, WAHABI yang beriktiqad ALLAH bertempat adalah kafir dan perlu diperangi, kita tidak ada kekuatan untuk memerangi mereka dengan senjata, kita tidak seperti mereka, lilit badan dengan bom, tiit...BOOOMMM!!! Tidak, kami tidak begitu...Kami sayangkan mereka dengan memerang mereka menggunakan wasilah tulisan, moga-moga mereka bertaubat dan kembali kejalan yang benar. Bukan kami kafirkan mereka demi kepuasan hawa nafsu dan kebencian yang bergolak di dalam dada.

Ingat WAHAI teman-teman, itulah tujuan kami, Menentang bukan bererti membenci. Ayuh semua bangkitlah!!!!selamatkan diri kamu dan generasi kamu dari disesatkan!!!!bayangkan hari ini beratus ajaran sesat tersebar, kelak?????Nah!!! Siapa yang kata kenapa kalian saling kafir mengkafir, kenapa kalian kafirkan ayah pin? kahar? tapi tidak WAHABI yang beriktiqad ALLAH itu di atas ARASY???

Sayangilah AGAMA kita, kelak kita akan berjaya.Wallahua'lam.

-Penulis Tetap Penasunni-

No comments: