Monday, December 24, 2007

Sibuk Bukan Bermakna Bodoh

Assalamualaikum para pelajar UIAM sekalian, semoga kalian semua sihat wal afiat hendaknya. Susah lama rasanya diri ini tidak menulis, bukan kerana ketandusan IDEA, bukan kerana kecetekan ILMU, namun manusia ini tidaklah sempurna. ALLAH telah menganugerahkan pelbagai nikmat kepada kita untuk disyukuri dan moga-moga iman kita makin bertambah dengan kita mengingati betapa besar nikmat IMAN pada kita. Suku-sakat WAHABI tidak pernah berfikir tentang ini, kita bertafakur sejenak, bukankah ALLAH yang menjadikan segala anggota badan?menjadikan tempat dan arah? maka MAHA SUCI ALLAH dari semua itu. ALLAH tidak bertangan bermuka berkaki, ALLAH tidak duduk tidak mengambil tempat tidak turun naik. Sesiapa sahaja yang mengatakan sedemikian pada zat ALLAH maka dia telah jatuh kafir. Tidak kiralah ada Prof ke kat depan nama, Dr ke, Allamah ke, Syeikhul Islam ke, tapi kalau Aqidah ALLAH bersemayam maka itu adalah iktiqad YAHUDI.

Sesungguhnya diri ini tidak gentar terhadap tohmahan puak-puak WAHABI ini, terutama yang berada di UIAM, ciput je. Itupun sikit-sikit hilang. Orang masjid pun benci kat Arif, Aiman kena buru polis. Siapa lagi diorang ada? Sekarang popular dikalangan WAHABI ni satu nama iaitu AHBASY. Macam sedap bunyi? lepas tu kaitkan AHBASY dengan gerakan AHLUSSUNNAH di UIAM. Tak kisah la apa gelaran yang korang bagi kat kami ni, kami redha je, yang penting kalian hilang dari muka bumi kerana bumi sendiri tak redha kalian mensyirikkan RABBUL IZATI.

Sebenarnya kami tengah dalam proses menguruskan kuliah-kuliah agama secara SAH (legal) di UIAM. Kami lebih cenderung untuk mengadakan kuliah ini secara sah kerana terlalu banyak permintaan daripada pelajar-pelajar UIAM. Kami tidak mahu menjadi seperti ajaran-ajaran sesat yang membuat kuliah secara tersembunyi, dan hanya dihadiri oleh pengikut-pengikut mereka sahaja. Insya ALLAH segala informasi tentang kuliah ana akan UPDATE di blog ini.

Akhirkata, semoga kita dipelihara ALLAH dari kesesatan puak-puak sesat, moga dipelihara AQIDAH kita dari dirosakkan oleh mereka-mereka yang jahil lagi buta tuli. WALLAHUA'LAM

No comments: