Friday, November 30, 2007

Semester Baru Nafas Baru

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ALLAH kerana masih memberi nafas dan nyawa untuk hidup demi menegakkan AGAMANYA di muka bumi ini. Tidak lama lagi kita akan kembali semula berjuang di medan pembelajaran untuk mendapatkan segulung ijazah semata-mata mengharapkan keredhaannya. Wahai sahabat-sahabat, janganlah kalian lupa tujuan kita di muka bumi, tidak lain tidak bukan hanya untuk beribadah kepada ALLAH.

Diantara tugas yang wajib dipikul oleh seorang mukmin ialah Amar Makruf Nahi Mungkar. Bersiap sedialah kalian semua dengan bermuhasabah dahulu akan gerak kerja kita sebagai seorang mukmin AHLUSSUNNAH yang tidak akan pernah rehat goyang kaki dan leka dengan keadaan sekeliling. WAHABI semakin terdesak sekarang ini dan akan menggunakan berbagai cara untuk menghapuskan AHLUSSUNNAH yang sebenar. Maka wajarlah kita mempertingkatkan diri kita dan gerakan kita untuk membanteras golongan ini sebelum ianya menular ke seluruh negara yang kita cintai.

Lihatlah sahaja, segelintir golongan WAHABI ini berlatar belakangkan profesionalis dan kebanyakan mereka bukanlah di dalam bidang agama. Kita sepatutnya merasa kasihan dengan golongan ini dek kerana kejahilan mereka inilah mereka tersasar jauh dari ajaran islam yang sebenar. Mereka ingin menimba ilmu islam namun tersasar jauh kera ianya ibarat seperti 'mendulang emas dipaya tahi', tentunya tidak akan dapat hasilnya, bahkan dicemari dengan tahi-tahi busuk yang disangka mereka emas. Golongan inilah yang perlu kita sedarkan mereka, tarik mereka dari paya tersebut, ajar mereka bahawa emas itu kuning warnanya, kilau pancarannya, tidak seperti tahi terkadang hitam terkadang coklat, bahkan busuk. Perhatikan mereka, mereka seolah-olah gelas yang kosong, isilah apa sahaja, yang penting ada bunyi hadis, quran, arab, mereka terima. Kerana apa??? Kerana mereka hanya mengetahui math, fizik, kimia,bio, namun jahil tentang agama. Disuruh berfurdah, pakai. Diarah berserban, pakai. Bahkan diarah beriktiqad ALLAH itu bertempat, ikut sahaja tanpa mengkaji Ijma Ulama. Lihat sahaja perangai WAHABI, alasan mereka, 'buat apa ikut ijma kalau hadis ada'. Seolah-olah wujud gerakan baru 'anti ijma'.

Inilah yang kita bimbangkan. Kita juga wajarlah muhasabah diri kita semua, gerak kerja, komitmen, pengorbanan, dan kaum keluarga. Apa yang wajib kita sumbangkan demi agama tercinta. Insya ALLAH, kuliah-kuliah oleh ustaz-ustaz Ahlussunnah akan bermula pada semester baru ini, maka kita korbankanlah tenaga dan masa kita demi menimba ilmu tentang Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah, Aqidahnya dan juga Fiqhnya. Akhirkata, semoga semester baru ini memberi nafas yang lebih segar kepada Ahlussunnah Wal Jamaah di Malaysia umumnya, dan di UIAM khususnya. Wassalam

-Penulis tetap penasunni-

No comments: