Friday, November 23, 2007

Kepada Nick 'MUKMIN'

Komen anda terang-terangan copy and paste, dan paling penting tidak berkaitan, ana minta jasa baik anta kalau ada bukti bahawa Asyairah berfahaman Allah Berada Di Mana Mana, sila kemukakan, kami sanggup potong tangan kami sendiri.

Kenyataan ALLAH berada di mana-mana seringkali digunakan oleh ibu bapa untuk menasihati anak-anak, ternyata zahir kenyataan membawa maksud yang syirik, namun ayat quran menjelaskan bahawa Allah sentiasa berada bersama-sama kita dimana saja kita berada, ini bermaksud Allah Itu Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar. Barangsiapa yang beriktiqad bahawa Allah berada dimana-mana dengan zatNYA maka dia telah kufur, itulah Fatwa yang telah dikeluarkan.

Jelas disini bahawa selidiki dahulu maksud Allah berada dimana-mana sebelum membuat tohmahan, sepertimana kita sering mengatakan, 'Jodoh di Tangan Tuhan', ungkapan sebegini tidak dipegang pada Zahirnya namun diertikan dengan kekuasaannya, ini adalah pegangan Ahlussunnah Wal Jamaah.

Ingat bahawa ALLAH itu tidak berarah, bertempat, bersegi, berbucu, berbentuk dan lain-lain kerana DIA bukan MAKHLUK. Iktiqad ALLAH berada diatas Arasy lebih jauh menyimpang bahkan sama dengan Aqidah Yahudi, Wallahua'alam

-Penulis Tetap Penasunni-

No comments: