Friday, November 30, 2007

Semester Baru Nafas Baru

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ALLAH kerana masih memberi nafas dan nyawa untuk hidup demi menegakkan AGAMANYA di muka bumi ini. Tidak lama lagi kita akan kembali semula berjuang di medan pembelajaran untuk mendapatkan segulung ijazah semata-mata mengharapkan keredhaannya. Wahai sahabat-sahabat, janganlah kalian lupa tujuan kita di muka bumi, tidak lain tidak bukan hanya untuk beribadah kepada ALLAH.

Diantara tugas yang wajib dipikul oleh seorang mukmin ialah Amar Makruf Nahi Mungkar. Bersiap sedialah kalian semua dengan bermuhasabah dahulu akan gerak kerja kita sebagai seorang mukmin AHLUSSUNNAH yang tidak akan pernah rehat goyang kaki dan leka dengan keadaan sekeliling. WAHABI semakin terdesak sekarang ini dan akan menggunakan berbagai cara untuk menghapuskan AHLUSSUNNAH yang sebenar. Maka wajarlah kita mempertingkatkan diri kita dan gerakan kita untuk membanteras golongan ini sebelum ianya menular ke seluruh negara yang kita cintai.

Lihatlah sahaja, segelintir golongan WAHABI ini berlatar belakangkan profesionalis dan kebanyakan mereka bukanlah di dalam bidang agama. Kita sepatutnya merasa kasihan dengan golongan ini dek kerana kejahilan mereka inilah mereka tersasar jauh dari ajaran islam yang sebenar. Mereka ingin menimba ilmu islam namun tersasar jauh kera ianya ibarat seperti 'mendulang emas dipaya tahi', tentunya tidak akan dapat hasilnya, bahkan dicemari dengan tahi-tahi busuk yang disangka mereka emas. Golongan inilah yang perlu kita sedarkan mereka, tarik mereka dari paya tersebut, ajar mereka bahawa emas itu kuning warnanya, kilau pancarannya, tidak seperti tahi terkadang hitam terkadang coklat, bahkan busuk. Perhatikan mereka, mereka seolah-olah gelas yang kosong, isilah apa sahaja, yang penting ada bunyi hadis, quran, arab, mereka terima. Kerana apa??? Kerana mereka hanya mengetahui math, fizik, kimia,bio, namun jahil tentang agama. Disuruh berfurdah, pakai. Diarah berserban, pakai. Bahkan diarah beriktiqad ALLAH itu bertempat, ikut sahaja tanpa mengkaji Ijma Ulama. Lihat sahaja perangai WAHABI, alasan mereka, 'buat apa ikut ijma kalau hadis ada'. Seolah-olah wujud gerakan baru 'anti ijma'.

Inilah yang kita bimbangkan. Kita juga wajarlah muhasabah diri kita semua, gerak kerja, komitmen, pengorbanan, dan kaum keluarga. Apa yang wajib kita sumbangkan demi agama tercinta. Insya ALLAH, kuliah-kuliah oleh ustaz-ustaz Ahlussunnah akan bermula pada semester baru ini, maka kita korbankanlah tenaga dan masa kita demi menimba ilmu tentang Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah, Aqidahnya dan juga Fiqhnya. Akhirkata, semoga semester baru ini memberi nafas yang lebih segar kepada Ahlussunnah Wal Jamaah di Malaysia umumnya, dan di UIAM khususnya. Wassalam

-Penulis tetap penasunni-

Friday, November 23, 2007

Kepada Nick 'MUKMIN'

Komen anda terang-terangan copy and paste, dan paling penting tidak berkaitan, ana minta jasa baik anta kalau ada bukti bahawa Asyairah berfahaman Allah Berada Di Mana Mana, sila kemukakan, kami sanggup potong tangan kami sendiri.

Kenyataan ALLAH berada di mana-mana seringkali digunakan oleh ibu bapa untuk menasihati anak-anak, ternyata zahir kenyataan membawa maksud yang syirik, namun ayat quran menjelaskan bahawa Allah sentiasa berada bersama-sama kita dimana saja kita berada, ini bermaksud Allah Itu Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar. Barangsiapa yang beriktiqad bahawa Allah berada dimana-mana dengan zatNYA maka dia telah kufur, itulah Fatwa yang telah dikeluarkan.

Jelas disini bahawa selidiki dahulu maksud Allah berada dimana-mana sebelum membuat tohmahan, sepertimana kita sering mengatakan, 'Jodoh di Tangan Tuhan', ungkapan sebegini tidak dipegang pada Zahirnya namun diertikan dengan kekuasaannya, ini adalah pegangan Ahlussunnah Wal Jamaah.

Ingat bahawa ALLAH itu tidak berarah, bertempat, bersegi, berbucu, berbentuk dan lain-lain kerana DIA bukan MAKHLUK. Iktiqad ALLAH berada diatas Arasy lebih jauh menyimpang bahkan sama dengan Aqidah Yahudi, Wallahua'alam

-Penulis Tetap Penasunni-

Sunday, November 11, 2007

Bagaimana Nak Kenal Wahabi di UIAM?

1) Mereka sukar untuk dikenali dengan jelas berdasarkan luaran mereka, begitu juga dengan Wahabi-wahabi lain diluar sana. Namun kebanyakan mereka berlagak Alim dengan memakai pakaian yang sinonim dengan Islam seperti jubah, kopiah..Hati-hati bila mendampingi mereka, mereka akan mula berbicara tentang agama kepada anda, teliti ucapan mereka, mereka akan menggunakan Dalil yang tidak kena mengena langsung dengan apa yang mereka bicarakan, bahkan mereka akan membawa isu-isu kontroversi. (nak tunjuk pandai)

2) Mereka selalunya berkumpul di kafe HS dan Econs, tapi lebih prefer kepada HS. Biasanya tak kurang dari 3 orang.

3) Kalau denngar apa yang mereka bualkan, buat masa sekarang lebih banyak tertumpu pada isu-isu Ahbasy. Kalau dengar, mereka hentam Ahbasy macam Ahbasy tu KAFIR. Nauzubillah. Tak serik-serik puak Wahabi ni.

4) Ni yang paling penting! Bila berhujah, mereka mesti keluar hadis sepotong dua, Ayat Quran sepotong dua, tapi Qala Ibn Taimiyyah berjela-jela, Qala Uthaimin, Qala Al-Bani, Qala Bin Baz, sampai kita tengok diorang, siapa nabi diorang ni??haaaa....

5) Lagi satu, bila ajak berdebat, mereka tak guna pun kitab-kitab Ahlussunnah, bahkan mengangungkan PROTAZ (PROSESAT) Hafiz Firdaus, siapa dia? Kami pun tak kenal, mungkin dia dapat Ilham sebab bosan jadi pilot kot...Hujah diorang guna buku melayu yang tak tahu susur galur bersanad ke tidak? Kitab-kitab kuning pondok yang bersanad sampai Rasulullah pun diorang tinggal, sebab ajar Aqidah ALLAH TIDAK BERTEMPAT.

Akhirkata, perhatikan dengan siapa anda berkawan.

Penulis tetap PENASUNNI.
 

blogger templates 3 columns | Techzilo